Assalamualaikum w.b.t.
Dalam kehidupan seharian,selain daripada menerapkan diri dengan seni mempertahankan diri, seni menyanyi dan menari serta seni melukis, tahukah anda bahawa seni menyidai kain juga adalah penting dalam kehidupan seharian.
Me : *watching youtube*
Ibu : Ni siapa sidai kain pagi tadi?
Me : *hands up*
Ibu : Macam mana awak sidai kain ni? Tak berseni betul.
Me : Sidai kain pun kena ada seni ke....
Dah 18 tahun aku hidup baru aku tahu nak sidai kain pun mesti berseni. Mak aku cakap, nak sidai kain ada rules dia. Ampaian baju lain, ampaian kain lain, ampaian seluar lain. Asingkan ikut kategori baju. Baju kemeja lane lain, t-shirt lane lain, baju kurung lane lain. Sidai elok-elok baru nampak ikhlas sikit mengampai baju.
"Itulah, masa kecil-kecil tak nak tolong ibu sidai baju. Harapkan bibik je. Ni bibik dah tak ada, sidai baju tu tugasan wajib awak jadinya. Cuba buat elok-elok sikit."
Selama ni aku duduk asrama, aku sidai macam mana pun aku tak kisah asalkan baju kering. -____-"