Wednesday, December 5, 2012

Listener

Kalaulah awak tahu betapa saya nak nasihatkan awak. Semua yang awak cerita kat saya tu semuanya ada akibat dia. Saya cuma harap awak faham. Nanti awak yang akan malu sendiri. Argh saya tak tahu macam mana nak nasihat. Kalaulah awak faham perasaan saya.

Btw you're not a good listener. I  tried to tell you but you never listen. Oh and wow how you 'impress' me with all of your boys story. I am 'impressed'.

P/s : I don't hate you. I just don't like your stupid story.

*praktis grammar yang berterabur*

Published with Blogger-droid v2.0.9

Thursday, November 29, 2012

Vitamin Killer

Jadi hari ni aku dah siap-siap nak balik Jengka. Ugh tak mahu tinggalkan katil. Tak mahu tinggalkan wifi yang laju. Tak mahu tinggalkan Running Man. :(

Me : Ayah,wawa dah siap ni. Jomlah bertolak.

Ayah : Kita tak bertolak sekarang lah. Ayah nak beli vitamin awak ni dulu.

Me : Lah nak buat apa. Wawa bawa vitamin lama jelah dulu.

Ayah : Awak nak bawa vitamin yang tinggal 10 ketul tu je. Awak tahu tak blablablabla.....

Me : Ok wawa tunggu.......

You see that. Hanya kerana sebotol vitamin rosak mood aku pagi-pagi. Padahal kat sana aku jarang makan vitamin gara-gara kesibukan melampau. *sigh*. Lagipun semua vitamin yang ayah beli ada masalah yang sama. Masalah bau ubat. Masalah yang berjaya buat aku teragak-agak nak makan ke tak nak vitamin ni.

Btw, semalam ada family dinner kat Klang makan seafood. Aku makan banyak gila sampaikan dress yang aku pakai berjaya bawa keluar perut yang semakin buncit. Kerana makan terlalu banyak semalam, sekarang aku sakit perut. Ugh.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Sunday, November 25, 2012

Abam Siam Penjual Cardigan yang Kacak

Assalamualaikum w.b.t

Dalam masa berapa tahun belakangan ni aku tak jejak Giant Seremban. Bila datang je ada bazaar ala-ala WartaWalk. Yang bestnya bazaar kat sini, baju/seluar/cardi yang dijual semuanya harga murah belaka. Kalau kat Warta tu harga standard Alamanda.

Alkisahnya, aku pi satu kedai ni * btw semua kedai sini asal dari siam sebab yang jaga semua siam*. Cadang nak beli cardigan. Terpikat dengan cardi warna ungu yang sungguh menawan. Excited gila. Tapi kedai tu tak ada orang. Lepas dah panggil banyak kali "Tauke oii tauke !", lalu muncullah pemuda yang kacak dari kedai sebelah. Aku melt kat situ jugak !!

Bila buka mulut, terus keluar dialek siam dia. Muka dah serupa pelakon Thailand. Huargh. Terlalu hensem sampai aku cakap aku nak beli cardi ni pun gagap. Kekekeke

Then masuk kereta. Cek balik cardi tu. Ohmaaii berlubang rupanya. So patah balik pi kedai tu. Dia kasi tukar. Argh aku stress melihat ketampanan beliau.

Malam tu adik aku cakap nak patah balik pergi Giant sebab nak beli cardigan macam aku. So jumpa balik mamat siam tadi.

Ahh dalam sehari hampir 3 kali aku jumpa dia. Adakah ini petanda ? Kbye.

Saturday, November 17, 2012

Good Luck Nur Amirah

Assalamualaikum

Aku dah cakap. Jaga diri elok-elok. Kenapa payah sangat nak dengar cakap aku ni? Nilai dengan sepang tu bukannya jauh pun. Kalau makanan dekat usim tu tak sedap/tak berkhasiat, apa salahnya balik rumah makan mak masak. Ni kau dah sakit. Kan dah susah.

Aku kat Bangi ni doa yang terbaik untuk kau. Oh untuk doktor yang operate kau sekali. Semoga doktor tu bukan dalam mood stress *if you know what I mean*

Good luck weh :)

Thursday, November 15, 2012

Ze YesPiYem Sister



Walaupun dia salah sorang manusia yang selalu buat aku rasa macam nak mencarut hari-hari (dibaca : mengeluarkan kata-kata yang penuh kasih sayang) tapi aku tak adalah kejam sangat sampai sumpah dia supaya result spm dia nanti hancur macam result spm aku.

Lagi satu, aku rasa dia ni lah sebenarnya punca muka aku naik jerawat. Berlumba-lumba jerawat keluar dari pore muka. Semuanya berpunca dari dia sebab dialah punca aku duduk rumah asyik nak bergambar je *sigh*. Askar jerawat pun dah tak segan silu nak menonjolkan diri. Cuba duduk dalam diam-diam.

Aku tahu aku kakak yang baik sebab tu aku nak wish adik aku good luck spm walaupun dia dah selamat jawab 4 paper. Bukan sengaja wish lambat lah. Aku cuma malas nak wish awal-awal macam korang selalu buat. Klise. Kekeke

Oklah. Semoga berjaya Fatimah Nasirah Ahmad Nasir menjawab paper spm. Aku doakan kau supaya tabahkan hati nak jawab subjek sains nanti.
Published with Blogger-droid v2.0.9

Ma Facebook are you okay?

Ada siapa-siapa boleh jelaskan tak mengapa aku online kat PC buka page facebook dia keluar jadi lagu ni? 


Apakah?


Danbo aku dah nampak tak seksi dah sebab ada blank page kat sebelah :O



Kosong kosong dan kosong. Sakit mata. Gimme back my old facebook !!

Pesen page keluar dekat android. Aku tak download apa-apa woi. Tweetdeck ke, Facebook for blablabla ke semua aku tak download. Boleh arwah aku kalau abang aku online kat PC ni.


Wednesday, November 14, 2012

Wishlist

Mood : Daydreaming

1. sleveless cardigan DONE - memandangkan t-shirt yang ada kat dalam almari baju semua singkat belaka. Tak layak dipakai begitu sahaja melainkan dipadan dengan cardigan sama ada cardigan berlengan mahupun cardi tanpa lengan.

2. Flat Warta RM25 - Sudah berumur 18 tahun dan ketinggian  mencecah 163cm. Kata ayah, awak ni memang tak layak pakai kasut tinggi. Jadi flat warta yang murah tu jadi pilihan aku nak masuk dalam wishlist. Tak mahu kasut yang mahal-mahal sebab automatik penjagaannya pun akan jadi lebih leceh. Kasut murah pun pakai sedap ok.

3. Dark chocolate jeans - Owh jangan tanya kenapa aku mahukan ini. Kekurangan jeans sebenarnya.

4. Pizza Hut - Sebenarnya dah lama mengidam pijah hak tapi tak berkesempatan nak pergi memuaskan nafsu makan yang satu ni.

5. Nak pergi kedah jumpa Humaira - ini adalah mustahil untuk ditunaikan dalam masa terdekat memandangkan mak uteh aku tengah pregnant dan aku tak sanggup nak menyusahkan dia.

6. Xperia Miro - memandangkan geleksi aku ni buat hal je kerjanya, aku ada juga pasang niat nat tukar talipon baru *aku pun tak sangka aku seganas ni. Tak sampai setahun aku guna waii ni*. Tengoklah dulu macam mana occay.

Ok sekian sampai sini sahaja angan-angan saya. Semoga saya berjaya mengumpulkan item-item ini sebelum masuk semester dua.  ;)
Published with Blogger-droid v2.0.9

Tuesday, November 13, 2012

Seni Menyidai Kain

Assalamualaikum w.b.t.

Dalam kehidupan seharian,selain daripada menerapkan diri dengan seni mempertahankan diri, seni menyanyi dan menari serta seni melukis, tahukah anda bahawa seni menyidai kain juga adalah penting dalam kehidupan seharian.

Me : *watching youtube*
Ibu :  Ni siapa sidai kain pagi tadi?
Me : *hands up*
Ibu : Macam mana awak sidai kain ni? Tak berseni betul.
Me : Sidai kain pun kena ada seni ke....

Dah 18 tahun aku hidup baru aku tahu nak sidai kain pun mesti berseni. Mak aku cakap, nak sidai kain ada rules dia. Ampaian baju lain, ampaian kain lain, ampaian seluar lain. Asingkan ikut kategori baju. Baju kemeja lane lain, t-shirt lane lain, baju kurung lane lain. Sidai elok-elok baru nampak ikhlas sikit mengampai baju.

"Itulah, masa kecil-kecil tak nak tolong ibu sidai baju. Harapkan bibik je. Ni bibik dah tak ada, sidai baju tu tugasan wajib awak jadinya. Cuba buat elok-elok sikit."

Selama ni aku duduk asrama, aku sidai macam mana pun aku tak kisah asalkan baju kering.  -____-"

Paus Obes

Ini sebenarnya salah satu contoh spesies haiwan yang memang terancam tapi malangnya cukup dibenci oleh para pengguna twitter.

Awak kalau dah gemuk tu buat cara gemuk. Dah obes tu buat cara obes. Kami tak perlukan awak. Tolong jangan muncul di timeline kami dah. Kami merayu !



Jangan bangga sangat awak comel. Awak nak kena tumbuk ?

Peliks #1

Assalamualaikum w.b.t

Tahukah anda apa yang lebih pelik daripada epal bermisai? Tak tahu? Meh sini aku beritahu satu contoh yang pelik.

Ianya adalah dilabel kejadian pelik apabila abang long anda bangun di pagi hari dan terus work out menggunakan dumbell gym yang dipinjam daripada gym INSPEN. Sejurus melakukan senaman yang serius tersebut, abang anda terus mengemas bilik beliau yang hampir 5 bulan tidak berkemas tu. Tambah memelikkan keadaan lagi apabila beliau bertanya kepada anda di manakah lokasi penyedut hampagas. Sejurus kemudian terus mengvakum satu rumah dan bilik beliau sendiri. Aneh bukan?

Pelik dan terlalu aneh sampai aku rasa nak minum Milo buatan adik aku sekrang ni.

Reborn

Assalamualaikum w.b.t..

So this is my 987654th blog. Oleh kerana ini blog yang baru, jadi sila jangan mengharap lagi tulisan-tulisan rempit yang aku pernah tulis macam dulu. *facepalm*

Btw, sila jangan tanya aku macam mana aku dapat nama untuk link ni. Selepas try and error semua nama seperti,

- fatimahnajwa.blogspot.com
- najwanasir.blogspot.com
- najwan.blogspot.com
- fnajwa.blogspot.com
- fatimahn.blogspot.com
- thenasirs.blogspot.com
- perempuanayu.blogspot.com

Semuanya tak boleh pakai. Ni memang pesen blogspot pun sama nak cari pasal dengan aku. Lepas aku dah gila blank tak tahu nak letak nama apa, akhirnya http://rawkafella.blogspot.com/ yang menjadi juara. Yeayy.

Ok sekian untuk entri pertama. Sehingga entri seterusnya ok :)