Thursday, November 29, 2012

Vitamin Killer

Jadi hari ni aku dah siap-siap nak balik Jengka. Ugh tak mahu tinggalkan katil. Tak mahu tinggalkan wifi yang laju. Tak mahu tinggalkan Running Man. :(

Me : Ayah,wawa dah siap ni. Jomlah bertolak.

Ayah : Kita tak bertolak sekarang lah. Ayah nak beli vitamin awak ni dulu.

Me : Lah nak buat apa. Wawa bawa vitamin lama jelah dulu.

Ayah : Awak nak bawa vitamin yang tinggal 10 ketul tu je. Awak tahu tak blablablabla.....

Me : Ok wawa tunggu.......

You see that. Hanya kerana sebotol vitamin rosak mood aku pagi-pagi. Padahal kat sana aku jarang makan vitamin gara-gara kesibukan melampau. *sigh*. Lagipun semua vitamin yang ayah beli ada masalah yang sama. Masalah bau ubat. Masalah yang berjaya buat aku teragak-agak nak makan ke tak nak vitamin ni.

Btw, semalam ada family dinner kat Klang makan seafood. Aku makan banyak gila sampaikan dress yang aku pakai berjaya bawa keluar perut yang semakin buncit. Kerana makan terlalu banyak semalam, sekarang aku sakit perut. Ugh.

Published with Blogger-droid v2.0.9

No comments:

Post a Comment